Saturday, 14 November 2009

Alone in history

I have been running all my life,
Running from dreams,
Avoiding hopes,
Escaping from the future,
Hiding from the present
Lost in history,

And I have been living in fear all my life,
Fear from love,
Be it love to God, King or Country,
Fear from loneliness,
Fear of hopelessness,
Loneliness and hopelessness of being alone,
Without anyone, without community,
Without God, King or Country,
Even family,

For everywhere I am,
I am but alone, I am the minority,
At the prosperous and diverse lands of the Golden Chersonese,
There I am left out,
As they fight over land, power and faith,

In my community, again I am left out,
As a stranger who speak neither their language,
Nor share their beliefs, as well as dogmatic traditions,
Or indulge in their lust for dominance and superiority,
Their thirst for power,
Their sense of schizophrenic insecurity,

As I travel afar,
In my urge to seek knowledge, and virtue,
I am again left in the dark,
Same like everyone, but neither belonging to anyone,
In the land of Temasik,
All are the same,
And yet I am different,
All alone, separated from the rest of the people,

As I return,
Comical tragedies,
And ludicrous leaders,
Still wait,

While they brandish their weapons,
And vomit shameless and empty rhetoric,
With Aryan like sentiments,
In the name of the people,
In the name of God, King and Country,

The nation burns,
The people suffer,
The dead are insulted,
The living tortured,
And the unborn cursed,

What is our history?
We have no history,
What is our future?
In the graves I am told,
What is the present?
We can only idly witnessed,
As has been said, and will be said again,
The coming of the last man

Sunday, 8 November 2009

Eternity in the moment

With arms around her I hold her close,
Glancing into her eyes,
She laid her arms around my neck,
Bringing her lips close to mine,
I hesitated,
Fearful and bashful,
But aroused and excited,

Her eyes comforted me,
As she whispered into my ear,
Saying to me,
Like shooting stars,
We only come once,
Love comes only once and lasts for an eternity,

I looked at her,
Embracing her even tighter,
I laid my face, close to hers,
Caressing her hair,
As my lips gently touched hers

Thursday, 5 November 2009

Flesh, machines and Understanding


Bagaimana sesuatu fenomena harus ditakrifkan? Atau difahami? Semua fenomena membawa pemahaman tertentu. Sekiranya gambar di atas diperhatikan, secara keseluruhannya apa yang dapat difahami adalah proses modernisasi dan perkembangan masyarakat manusia. Gambar tersebut memerangkap keadaan semasa sesuatu tempat dan masa, ruang dan waktu. Pemerangkapan sesuatu fenomena yang terdapat dalam gambar tesebut menyedarkan kita tentang keadaan-semasa, dan bagaimana keadaan-semasa dibentuk masa-dahulu. Oleh itu apa yang diperhatikan adalah keadaan-semasa yang melambangkan kemajuan kerana perbezaan dengan apa yang berlaku atau keadaan pada masa-dahulu.

Jika diperhatikan dengan lebih dekat lagi, gambar tersebut menunjukkan tiga entiti. Yang pertama perempuan yang berdiri, yang kedua kereta dibelakangnya, dan yang ketiga keadaan-semasa yang membentuk ruang dan persekitaran yang memposisikan perempuan-di depan-kereta.

Secara tradisinya, mengikut pemahaman Cartesian, terdapatnya perbezaan subjek dan objek. Manusia sebagai subjek memahami dan mentakrifkan objek-objek sekelilingnya seperti pokok, meja, buku etc. Kita memahami gambar di atas dalam erti kata yang sama.

Kita fahami dan lihat perempuan tesebut sebagai seorang yang mempunyai identiti dan kedudukan dalam masyarakat, melambangkan kecantikan dan mempunyai kebebasan. Manakala kereta tersebut dilihat sebagai lambang kemajuan teknologi, perkembangan ekonomi dan kebolehan untuk menyenangkan kehidupan manusia.

Disebabkan oleh kecenderungan kita untuk melihat fenomena dalam kerangka Cartesian, maka gambar di atas digunakan untuk melambangkan dan sebagai simbol kebebasan manusia, kemajuan teknologi dan perkembangan ekonomi. Dan pemahaman sebegini di bawa dan disebarkan ke seluruh dunia dan semua negara. Pemahaman sebegini ditonjolkan sebagai universal dan sebagai pangkal hujung perkembangan manusia.

Namun, keadaan sebegini tidak berlaku, dan sudah ditunjukkan bahawa ia tidak mungkin berlaku. Pemahaman dan penghayatan sesuatu fenomena, atau di sini gambar di atas, tidak berlaku dalam kerangka Cartesian. Sebagaimana keadaan-semasa yang membentuk dan mendefinisikan perempuan-di depan-kereta di dalam gambar tersebut, keadaan-semasa di luar gambar tersebut, iaitu keadaan-semasa kita yang memerhatikan gambar tersebut, berfungsi untuk membentuk pemahaman kita dan pendefinisian kita terhadap gambar tersebut. Dan keadaan-semasa yang mempengaruhi pemahaman kita juga tidak wujud dalam ruang kosong. Pemahaman keadaan-semasa atau keadaan-semasa wujud dibentuk oleh masa-dahulu dan ditujukan ke masa-depan.

Pemahaman manusia terhadap fenomena oleh itu dipengaruhi dan dibentuk oleh masa-dahulu, keadaan-semasa, dan masa-depan. Setiap cubaan untuk menguniversalkan fenomena akan gagal, sebagaimana cubaan untuk menguniversalkan lambang dan simbol gambar di atas akan gagal kerana perbezaan kondisi sosial, iaitu pemanifestasian keadaan-semasa, yang terjadi akibat daripada takrifan dan visi kita tentang masa-dahulu dan masa-depan. Kondisi sosial yang berbeza akan membawa kepada pemahaman dan penginterpretasian yang berbeza, sama ada dalam kesusasteraan dan teks, nilai-nilai atau undang-undang. Dalam keadaan ini, penuniversalan dan penyeragaman tidak mungkin berlaku.

Bagaimana pula dengan gambar dibawah, adakah gambar tersebut membawa pendefinisian dan makna yang sama seperti gambar di atas?

Sunday, 1 November 2009

Love, Students, Technology

“The more we use technology, the more we rely on technology, the more we lose ourselves”

“While falling in love involves the gazing of one into another’s eyes and the show of affection through the holding of one’s hand together with kisses and hugs, the advent of the internet led by the popularity of FaceBook has all but diminish any probability of romanticism, passion and lust, bringing forth only what is known as long distance electronic masturbation and mechanical sexual intercourse.”

Kehidupan di kampung sangat tenang. Dikelilingi alam semula jadi dan jauh dari bandar, jauh dari kemudahan teknologi, kita berasa dekat dengan diri kita. Kita bukan sahaja mempunyai masa, dan peluang untuk berfikir, dan bertenang, tetapi dapat mengenali diri kita, kewujudan kita. Ini kerana kita berinteraksi dengan persekitaran. Bertindak dengan keadaan sekeliling. Melalui interaksi dan tindakan dengan dunia dan keadaan sekeliling, semangat dan pemahaman manusia diserlahkan.

Di bandar, dekat dengan teknologi, manusia dan diri kita, menghilangkan diri. Internet umpamanya diisytiharkan sebagai antara teknologi dan kemudahan paling penting pada hari ini. Semakin dekat kita dengan internet, semakin jauh kita dengan diri kita, dengan kewujudan kita, dengan manusia kita.

Facebook sebagai contohnya. Aristotle pernah berkata ‘Man is, by nature, a political animal’. Kita perlu bersosial dan juga berinteraksi. Tetapi dengan kedatangan internet, pemahaman dan konsep ‘bersosial’ dan ‘berinteraksi’ telah bertukar sama sekali. Sekiranya pada masa ‘bersosial’ dan ‘berinteraksi’digunakan dahulu adalah untuk menjelaskan perhubungan sesama manusia dan bagaimana percakapan dan pertuturan di sertai oleh gaya bahasa badan kita dan mirip wajah kita serta dengan perasaan gembira atau marah atau takut, sekarang sudah berbeza. Dalam paradigma internet semuanya berbeze sekali.

Dalam konteks aktivis mahasiswa, internet mendekatkan kita tetapi semakin menjauhi diri kita. Kalau dahulu aktivisma perlihatkan pertemuan mahasiswa secara berkumpul atau bertindak sambil perlihatkan gaya bercakap dan pergerakan demonstrasi, internet telah membantutkan kreativiti dan kebebasan mahasiswa. Sekarang mahasiswa dilontarkan ke dalam aktivisma internet dan demonstrasi internet yang semakin menghilangkan diri kita.

Kita tidak membentuk bahasa, bahasa yang membentuk diri kita, siapa kita. Kebergantungan kepada internet untuk mengerakkan aktivisma adalah bahaya, kerana pada akhirnya internet dan teknologi yang akan mendefinisikan identiti kita.